Thursday, August 28, 2014

Kebesaran Al-Quran



Al-Quran Panduan Penunjuk Jalan
Sunnah Rasul Penerang Kegelapan
Untuk Kita Sampai Kepada Allah

Al-Quran Boleh Menenangkan Hati
Dan Melapangkan Jiwa
Elok Dibaca Dengan Adabnya Dan Difahami
Jika Tidak, Bukan Sahaja Tidak Dapat Pahala
Berdosa Pula...

Bila Al-Quran Mekar Di Hati
Dan Sunnahnya Mengawal Peribadi
Pasti Hidup Akan Dirahmati
Di Dunia Dan Akhirat

Al-Quran Mengandungi Hikmah
Dengan Keberkatannya
Sunnah Rasul Jadi Ikutan
Jadi Amalan Dalam Kehidupan
Tenang Jiwa Hidup Bahagia
Itulah Jaminan-Nya

-In-Team-




Sunday, August 24, 2014

ANDA BAHAGIA?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Apa yang ingin saya kongsikan pada semua pada malam ini ya?

Terdapat banyak info2 berkenaan erti BAHAGIA dan cara mencari BAHAGIA yang bakal anda perolehi selepas ke link http://genta-rasa.com/inilah-makna-bahagia/

Antara isi2 kandungannya adalah seperti berikut:

Inilah Erti Bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati” (riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.
Terdapat juga KAEDAH/CARA MENCARI BAHAGIA, antaranya:

1) Beriman dan Beramal Soleh
2) Banyak Mengingat Allah
3) Bersandar kepada Allah (Tawakkal)
4) Mencari Peluang Berbuat Kebaikan 
5) Tidak Panjang Angan-angan dan Meratapi Masa Silam
6) Melihat Kelebihan, Bukan Kekurangan Diri

dan banyak lagi huraian yang boleh anda perolehi apabila membaca di http://genta-rasa.com/inilah-makna-bahagia/. Sangat seronok dan akan memulihkan kembali semangat sesiapa sahaja yang hampir berputus asa dan kecewa. Bacalah, anda pasti menyukainya. Semoga mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.. =)

p/s: Teringat satu petikan ayat ini..
     "Yang baik itu belum tentu baik & yang tidak baik itu belum tentu tidak baik"
Sama2 kita fikirkan..=)